BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

Pembinaan Anak-Anak Berasaskan masjid


Praktikalnya, pendidikan di peringkat keluarga merupakan elemen yang cukup penting dalam melahirkan individu muslim sejati. Di sini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan sebaik mungkin dalam menyediakan medium tarbiyah yang terbaik untuk anak-anak. Kegagalan pendidikan di peringkat keluarga akan menjurus kepada masalah yang boleh diibaratkan seolah berantai yang akhirnya akan merugikan umat Islam secara amnya.


Selain itu, Di dalam Islam masjid adalah sebagai tempat pembangunan sahsiah induvidu muslim dan pembangunan masyarakat sepanjang zaman. Sebenarnya institusi masjid pada hari ini begitu penting dan masih menjadi tempat dalam pembangunan induvidu dan masyarakat kaum muslimin khususnya. Tanpa masjid, anak-anak tidak mungkin dapat dididik moral, sosial,kerohanian dan keimanannya. Sebenarnya peranan masjid adalah besar kepada pembangunan induvidu dan masyarakat. Masjid adalah sebagai tempat seorang muslim mendengar nasihat dan pengajaran al-Qur’an, mengenal hukum halal haram, mengetahui hal ehwal kehidupan orang Islam, penderitaan kaum muslimin, saling tolong-menolong, bekerjasama dan mengeratkan ikatan persaudaraan di antara satu sama lain.Justeru, mendidik anak-anak melaui institusi masjid merupakan cara yang terbaik untuk mendidik akhlak mereka sebagaimana Rasulullah s.a. w bersabda.

Maksudnya:
" Jika kamu lihat seseorang itu selalu pergi masjid, maka saksikanlah keimanan baginya".

1 comments:

ummie aisar said...

Ibu bapa perlu menjadi contoh utama kepada anak-anak dalam menggalakkan anak-anak mencintai masjid. Ibu bapa itu sendiri terlebih dahulu perlu selalu pergi ke masjid sama ada untuk menunaikan solat atau mengikuti program-program yang berlangsung di masjid.Antara contoh, majlis ilmu, kursus pengurusan jenazah, kursus haji dan sebagainya. Apabila ibu bapa telah menunjukkan contoh yang baik ini maka secara tidak langsung anak-anak tidak merasa segan untuk pergi ke masjid. Malahan mereka merasa bangga bahawa ayah dan ibu mereka menjadi orang masjid , maksud kata di sini ibu dan ayah mereka menitik beratkan soal ibadah dengan tidak mengabaikan seruan Islam itu sendiri.
Marilah kita mendidik jiwa agar jinak dengan masjid.
Sepertimana kita tahu, golongan muda atau belia seperti kita kurang melibatkan diri dengan hal-hal yang berlangsung di masjid. Ayuh kita bangun untuk sama-sama mengimarahkan rumah ibadat kita ini untuk menguatkan kembali Islam kita yang semakin di tindas!